Sunday, July 10, 2011

AKU BERMOHON

Ya Allah ya Tuhan kami
Jika seandainya aku ditakdirkan menjadi orang kaya yang bergelimang harta tetapi selalu berbuat dosa
Aku lebih memilih menjadi miskin papa tetapi selalu menyebarkan pahala

Ya Allah Ya Tuhan Kami
Jika seandainya aku merasa bahagia diatas penderitaan orang lain
Maka aku akan memilih selalu dalam kesedihan yang penting aku tidak pernah merugikan orang lain

ADAKAH PELUANG UNTUKKU.........

Aku ingin cukup berani memperbetulkan kesilapanku…oleh itu sudah cukup aku sesali apa yg sudah pergi,sudah cukup tangisi apa yang sudah tiada,tapi aku mahu bangkit & bina kembali apa yg telah hilang & pergi……..dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang..

Saturday, July 9, 2011

RAHSIA KASIH SAYANG MENGIKUT BULAN LAHIR



JANUARI
 *mudah jtuh cinta pd org yg mmpunyai daya tarikan
*mudah melupakan prasaan cinta trhadap org yg dicintai jika dikhianati
*sukar setia
*pandai ambil hati tapi mudah melukai pasangannya
*selalu diam diri bile brtemu dgn psangannya
*romantic tapi tak pandai mmprlihatkannya
*kuat cemburu tapi tidak kisah jika pasangan cemburu trhadapnyya
*bakal jadi ibu or bapa penyayang
*pasangan ideal:-lahir bulan 3,6,8 & 11….

FEBRUARI  
*sukar jtuh cinta tapi mudah utk mengkhianati pasangan
*amat hormat pasangan
*amat suka pikat pasangan
*jujur & terus terang dlm perhubungan
*sentiasa nekad utk bersama pasangannya
*sgt romantic pd dalaman & bukan pd luaran (hnya pasangan yg tahu)
*patuh pd pasangan & selalu jaga hati pasangan
*kurang beremosi pd pasangan
*amat menjaga penampilan diri & pasangannya
*pasangan ideal:-lahir bulan 5,9,10 & 12….

MAC
*mudah menawan hati pasangannya
*sentiasa ingin didampingi pasangannya
*sgt pemalu dlm meluahkan isi hati
*sgt baik dlm menjaga prhubungan
*amat sukar melupakan pasangan yg dicintai
*cemburu yg minima
*sgt manja & sering ingin dimanjai pasangannya
*mudah memilih pasangan tnpa brfikir waras
*sentiasa mngharapkn keistimewaan dr pasangan
*suka menuduh melulu tanpa usul periksa
*brprasangka pd pasangan
*pasangan ideal:-lahir bulan 1,5,10 & 12….

APRIL
 *org yg amat sukar utk jatuh cinta & amat memilih pasangan (jtuh tangga mungkin kerap……..ha2)
*slalu pendam perasaan pd org yg dicintai…
*sukar & malu luah isi hati……..malu xp mahu………
*sentiasa nk dberi prhatian………
*amat cemburu dlm prhubungan……
*setia pd pasangan…..kire hati teguh la……….
*emosi cpat trusik & mudah trluka…….
*sentiasa jaga hati pasangan & pndai pujuk…….
*romantic & sgt romantic……
*sukar lupakan pasangan walau dilukai…..(ble da syg……)
*sukar curang & amat syg pasangan…….
*pasangan ideal:-lahir bulan 4,7,11 & 12….

MEI
 *amat mudah jatuh cinta,baik & jujur dlm prhubungan
*pandai menarik hati pasangan
*perasaan cinta yg mendalam & mudah dipujuk
*kurang suka untuk sentiasa brsama
*mudah menerima cinta seseorang
*pilihan yg tepat dlm brpasangan
*nekad utk menjaga hubungan yg baik
*pndai mengatur hidup pasangan (bukan queen or king control)
*suka mengangankan sesuatu yg indah brsama pasangan
*sentiasa dahagakan kasih saying dr pasangan tapi tak pndai memprlihatkannya
*ambil berat dlm mnjaga hubungan
*pasangan ideal:-lahir bulan 6,9,10 & 11….

JUN
 *amat pandai mnjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan
*sukar melukai & memahami hati pasangan
*mudah jatuh hati tapi trlalu memilih
*cerewet dlm hubungan
*selalu beremosi
*mudah merajuk & mudah dipujuk
*cepat rasa bosan dlm prcintaan
*kurang yakin dlm perhubungan
*selalu melindungi pasangan dari kritikan or umpatan orang
*elok utk jadi ibu yg baik
*dahagakan pujian dari pasangan
*pasangan ideal:-lahir bulan 1,3,5 & 8….

JULAI
 *amat suka didampingi pasangan
*sukar dimengerti oleh pasangan
*sentiasa mnjaga maruah diri,pasangan & hubungan
*amat mudah dipujuk & brterus terang
*amat mnghargai kesetiaan pasangan
*brkebolehan utk meluahkan isi hati trhadap org yg dicintai
*mudah trluka & lambat pulih.suka merajuk & dipujuk
*suka mndengar & tidak suka mmbantah
*cemburu trhadap pasangan & setia trhadap pasangan
*suka menilai & mnjaga pasangan
*pasangan ideal:-lahir bulan 4,6,& 7….

OGOS
 *tdak serius dlm hubungan
*ambil mudah dlm hubungan
*kesetian diragui
*pandai memujuk pasangan
*suka memimpin pasangan
*romantic,pengasih & penyayang
*kelam kabut dlm hubungan
*sering brtukar pasangan
*sukar mncari pilihan yg tepat
*sgt sensitive & tahap cemburu minima
*mudah meluahkan kata cinta pd siapa yg berkenaan
*pasangan ideal:-lahir bulan 1,6,10& 12….

SEPTEMBER
 *brsopan dlm hubungan
*brtolak ansur dgn pasangan
*suka kritik pasangan
*sgt prihatin trhadap  pasangan
*sgt sensitive & emosi
*pandai memahami pasangan
*kurang menunjukkan perasannya trhadap pasangan
*amat pilih pasangan
*sukar melupakan jika hati trluka
*mudah brsimpati dgn perasaan & masalah pasangan
*pasangan ideal:-lahir bulan 3,6,8& 11….

OKTOBER
 *amat suka brkomunikasi dgn pasangan
*suka disayangi & menyayangi pasangan
*sopan trhadap pasangan
*jujur & jarang berpura-pura dgn pasangan
*mudah trluka hati jika pasangan ada melakukan kesalahan trhadapnya
*sukar menerima pandangan pasangan
*emosi yg mudah terusik
*pengasih,penyayang trhadap pasangan
*cemburu & trlalu cemburu
*romatik
*memahami pasangan
*pasangan ideal:-lahir bulan 1,2,4,5,8,9,10 & 12….

NOVEMBER
 *byk helah dlm hadapi pasangan
*cermat & teliti dlm jaga hubungan
*amat brahsia dgn pasangan & sesiapa
*degil & ingkar dgn pasangan.tidak suka dikongkong oleh pasangan
*mudah ambil berat trhadap pasangan
*tidak hargai hubungan
*sambil lewa dlm hubungan
*emosi yg mndalam & tak romantic langsung
*perangai yg tdak dpt diramal pasangan
*kurang mnghargai pasangan & hal-hal percintaan
*kurang bersama pasangan
*pasangan ideal:-lahir bulan 4 & 7

DISEMBER
*pemurah dl prhubungan
*mudah jatuh cinta dlm masa yang sama
*trgesa-gesa dlm prhubungan
*suka didampingi oleh pasangan
*benci dikongkong
*brbakat utk kawin lebih dari 1 (utk lelaki)
*suka pengaruhi pasangan
*curang dlm prcintaan
*kurang bekerjasama dgn pasangan
*selalu cuba utk mncari pasangan yg baru
*mudah menipu & tidak jujur trhadap paangan
*pasangan ideal:-lahir bulan 3,9,11 & 12

Friday, July 8, 2011

PESAN IBNU AL JAUZI

IBNU AL JAUZI menerangkan bahawa syaitan sangat gembira apabila dalam hati kita tumbuh rasa bangga terhadap ilmu yang kita miliki.Ada 3 perkara yang dijadikan syaitan sebagai pintu masuk menggoda manusia:

1:- disaat seseorang ingat ketaatannya
2:- disaat seseorang lupa kemaksiatannya
3:- disaat seseorang menyangka bahawa dirinya aman dan terlindung dari melakukan berbagai kesalahan

KISAH POKOK EPAL

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.


Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu. "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.


Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.


Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu. Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.


Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu. "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu." Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.



Cerita ini sengaja dipaparkan untuk mengajak para remaja berfikir tentang pengajaran di sebalik cerita tersebut. Sebenarnya, pokok epal yang dimaksudkan di dalam cerita itu adalah kedua-dua ibubapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka, dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup. Anda mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibubapa mereka. Semoga memberikan keinsafan dan kesedaran kepada semua.

KENAPA ALLAH TEMUKAN KITA DENGAN ORANG YANG SALAH?

Memang sakit bila cinta yang kita dambakan selama ini tidak dihargai oleh insan yang bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TIDAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta,

Fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tidak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA



Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu.

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu,
dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ....
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang,
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya,
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja,
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya,
dan janganlah menganggap ia begitu teguh,
cukuplah sekadar keperluanmu.

Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya,
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya,
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....

Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN,
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA,
boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan...
Berkhasiat...
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain?
Terlalu ingin mengejar kelezatan?

Kelak, nasi itu akan basi
dan kamu tidak boleh memakannya..
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu..
MENYAYANGIMU...
MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?
Terlalu mengejar kesempurnaan?
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA,
apabila dia menjadi milik orang lain,
Kamu juga yang akan MENYESAL....